Campuran vaksin AstraZeneca, Pfizer tingkatkan perlindungan: Kajian

Iklan
Campuran vaksin AstraZeneca dan Pfizer didakwa meningkatkan tahap perlindungan sebanyak enam kali berbanding dua dos AstraZeneca.

KAJIAN dari Korea Selatan mengesahkan campuran vaksin Covid-19 AstraZeneca dan Pfizer meningkatkan tahap perlindungan sebanyak enam kali berbanding dua dos AstraZeneca.

Kajian melibatkan 499 pekerja perubatan - 100 daripada mereka menerima dos campuran, 200 lagi menerima dos Pfizer manakala selebihnya dos AstraZeneca.

Iklan
Iklan

Semua kumpulan menunjukkan antibodi peneutralan yang mencegah virus memasuki sel dan bereplikasi, sementara keputusan vaksin campuran menunjukkan jumlah antibodi peneutralan yang serupa, dijumpai dari kumpulan penerima dua dos Pfizer.

Satu kajian di Britain bulan lalu menunjukkan hasil serupa apabila menggunakan suntikan AstraZeneca diikuti Pfizer, yang menghasilkan tindak balas sel T terbaik dan tindak balas antibodi yang lebih tinggi juga, apabila membalikkan penggunaan kedua-dua vaksin tersebut.

Iklan

Data tersebut menyokong lebih lanjut keputusan beberapa negara menawarkan alternatif kepada vaksin AstraZeneca untuk suntikan kedua, selepas dikaitkan dengan masalah pembekuan darah yang jarang berlaku.

Kajian Korea Selatan juga menganalisis aktiviti peneutralan terhadap varian utama yang menjadi kebimbangan, kata Badan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Iklan

Tiada kumpulan menunjukkan penurunan aktiviti peneutralan terhadap varian Alpha yang pertama kali dikesan di Britain.

Bagaimanapun, peneutralan menurun sebanyak 2.5 hingga enam kali ganda terhadap varian Beta, Gamma dan Delta,yang masing-masing pertama kali dikesan di Afrika Selatan, Brazil dan India. - Awani