Sektor pemajuan perumahan dibenar beroperasi

Iklan
Sektor pemajuan perumahan dibenarkan beroperasi di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Sektor pemajuan perumahan dibenarkan beroperasi di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa serta-merta.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataannya memaklumkan, kebenaran beroperasi itu adalah terpakai kepada pemaju perumahan yang masih aktif dan sah Lesen Pemajuan Perumahan serta Permit Iklan dan Jualan (APDL) di bawah Akta 118.

Iklan
Iklan

"Di bawah fasa satu, aktiviti-aktiviti yang dibenarkan beroperasi adalah pejabat pengurusan pemaju perumahan, urusan serahan notis milikan kosong dan kunci rumah, kerja-kerja baik pulih kerosakan kritikal dalam tempoh liabiliti kecacatan serta kerja-kerja pembinaan untuk Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah SPNB bagi kontraktor G1 hingga G4," kata kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, di bawah fasa dua aktiviti tambahan yang dibenarkan adalah pemasaran dan jualan di pejabat pemaju, ejen jualan, galeri jualan, show unit dan unit hartanah subsale.

Iklan
Iklan

Jelas kenyataan itu, kebenaran beroperasi sektor pemaju perumahan adalah tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) terkini sektor pemajuan perumahan yang boleh dimuat turun di laman sesawang https://www.kpkt.gov.my, SOP pembinaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) di www.cidb.gov.my dan SOP Am Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia di www.mkn.gov.my bagi mengekang penularan wabak Covid-19.