Bermuda raih emas Olimpik pertama

Iklan
Flora Duffy menghadiahkan emas pertama kepada Bermuda pada sejarah penyertaan negara itu di Sukan Olimpik dalam acara Triatlon wanita pada Selasa. - Foto Reuters

FLORA Duffy menghadiahkan emas pertama kepada Bermuda pada sejarah penyertaan negara itu di Sukan Olimpik dalam acara Triatlon wanita pada Selasa.

Ia sekali gus mencatatkan rekod unik apabila Bermuda merupakan negara dengan populasi terkecil iaitu 70,000 penduduk berjaya memenangi emas di Sukan Olimpik.

Iklan
Iklan

Malah, Bermuda juga menjadi antara negara yang menyertai setiap temasya Olimpik dengan jumlah kontinjen yang kecil iaitu sekitar 20 atlet sahaja.

Atlet berusia 33 tahun itu mencatatkan masa 1 jam 55 minit 36 saat berbanding atlet Britain, Georgia Taylor-Brown (1:56.50s) manakala gangsa milik wakil Amerika Syarikat (AS), Katie Zaferes dengan catatan 1:57.03s.

Iklan

Bagi Flora, ia adalah kemenangan cukup berharga selepas berdepan kecederaan dan didiagnos masalah anaemia pada 2013.

Dia meninggalkan sukan itu selepas gagal menamatkan acara berkenaan pada Sukan Olimpik Beijing 2008 dan mula bekerja di sebuah kedai di Bermuda sebelum kembali membuat penampilan semula selepas menamatkan pengajian ijazah.

Iklan

Satu-satunya pingat yang pernah diraih Bermuda di Olimpik adalah menerusi Clarence Hill, iaitu gangsa pada 1976.