PEMAIN perseorangan wanita negara, Soniia Cheah tidak perlu bermandi peluh bagi ‘memenangi aksi sulung’ bagi acara badminton Kumpulan N, Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila lawannya dari Hungary, Sarosi Laura menarik diri akibat kecederaan, pada Selasa.
Penarikan diri Laura, pemain ranking ke-74 dunia itu menyaksikan Soniaa kini berpeluang mara ke peringkat suku akhir bagi acara perseorangan wanita kali ini.
Bagaimanapun, Soniia masih perlu mencatatkan kemenangan apabila berdepan pemain Thailand, Ratchanok Intanon bagi aksi kedua Kumpulan N pada Rabu.