Henti popularkan pemimpin terlibat rasuah

Iklan
Tangkap layar forum Preventing Corruption: Media and Citizen Engagement secara maya pada Selasa.

SHAH ALAM - Rakyat perlu berhenti menjadikan pemimpin yang terlibat dengan jenayah rasuah sebagai peneraju negara dan mengambil iktibar daripada kejatuhan empayar Melaka akibat korupsi.

Pensyarah Sains Politik di Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, rakyat Malaysia kini cenderung memuliakan dan menyokong wakil rakyat yang terlibat rasuah.

Iklan
Iklan

"Kita dapat lihat dalam talian, tokoh-tokoh paling popular boleh menjadi Perdana Menteri dalam tempoh pandemik. Mereka yang terlibat dengan rasuah berada dalam senarai tertinggi.

"Kita perlu tanya kenapa perkara ini berlaku dalam masyarakat di mana kita tetap memuliakan tokoh seperti itu?” katanya yang menjadi panel Forum Preventing Corruption: Media and Citizen Engagement secara maya pada Selasa.

Iklan

Turut sama sebagai panel ialah bekas Penasihat Khas Setiausaha Kehormat Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan bekas Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.

Mengulas lanjut, Ahmad Fauzi berkata, tindakan menjadikan ketua yang terlibat dengan rasuah sebagai calon popular mencipta budaya yang tidak sesuai dan perlu dipertimbangkan ketika memilih pemimpin politik.

Iklan

Dalam pada itu beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan penguatkuasaan perlu mewujudkan saluran peringatan seperti yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Setiap hari mereka mengingatkan kita berkenaan kes Covid-19 dan vaksin. Kenapa tidak gunakan platform tersebut untuk memberi amaran berkenaan jenayah rasuah.

"Badan penguatkuasaan boleh melakukan secara berkala, sekali seminggu atau sebulan sekali,” ujarnya.