PERENANG Amerika Syarikat (AS), Lydia Jacoby mengakui tidak menyangka dapat memenangi pingat emas acara 100 meter (m) kuak dada di Olimpik Tokyo pada Selasa.
Perenang berusia 17 tahun itu mencipta kejutan menewaskan pilihan utama Lilly King yang meraih gangsa manakala pingat perak menjadi milik perenang Afrika Selatan, Tatjana Schoenmaker.