Bekas kerani didakwa pecah amanah

Iklan
Pathumavethi didakwa Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas pertuduhan melakukan pecah amanah, tujuh tahun lalu.

IPOH - Seorang bekas kerani akaun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, terhadap 138 pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM103,740.55 sejak tujuh tahun lalu.

Tertuduh, V Pathumavethi, 53, membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Iklan
Iklan

Dia yang mempunyai penguasaan ke atas harta milik sebuah firma guaman dengan curangnya melakukan pecah amanah iaitu menyalahgunakan harta dan menjadikan harta itu bagi kegunaan sendiri melalui cek bagi pembayaran baucar yang dibuatnya.

Ibu kepada dua anak itu didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Dato Tahwil Azar, sejak Januari 2012 hingga Januari 2015.

Iklan

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof menawarkan jaminan sejumlah RM40,000 dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Iklan

Bagaimanapun, tertuduh diwakili peguam K Nahtan meminta jaminan dikurangkan kepada RM20,000 dengan alasan tertuduh mempunyai dua anak yang masih belajar.

Azman kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan kes akan disebut semula pada 27 Mac ini.