TOKYO - Bintang tenis Jepun, Naomi Osaka tersingkir di pusingan ketiga acara perseorangan wanita di tangan pemain Republik Czech, Marketa Vondrousova dalam straight set di temasya Olimpik Tokyo 2020 pada Selasa, lapor Xinhua.
Pemain nombor dua dunia itu terpaksa berhempas pulas dan akhirnya akur dengan kekalahan 6-1, 6-4.
Iklan
Iklan
"Sudah tentu saya berasa amat tertekan ketika ini," akui Osaka yang tewas di gelanggang sendiri.
Osaka yang menyalakan kawah obor ketika upacara pembukaan Olimpik 23 Julai lalu berkata,"Mungkin kerana saya tidak pernah bermain di Olimpik sebelum ini dan ini aksi pertama saya, ia mungkin agak sukar."
"Semua serba tidak kena. Sekiranya anda menonton perlawanan tersebut, mungkin anda akan melihatnya. Semua yang saya lakukan serba tidak menjadi,” ujarnya.
Sementara itu, Vondrousova berkata"sudah tentu ia adalah satu kemenangan terbesar dalam karier saya." - Bernama