PAC cadang tetapkan harga siling vaksin Sinovac

Iklan
Wong Kah Woh

SHAH ALAM- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan agar kerajaan menetapkan harga siling bagi vaksin Covid-19 Sinovac yang akan dijual di klinik atau hospital swasta.

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, penetapan harga siling itu amat perlu supaya harga pemvaksinan pada tahap wajar tanpa membebankan rakyat.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, ketetapan harga perlu diumumkan segera kepada rakyat memandangkan kerajaan akan membenarkan penjualan vaksin itu bermula Ogos depan.

"Jawatankuasa ini juga mengambil maklum harga untuk pemvaksinan Covid-19 sudah mula dipromosikan dan harga yang ditetapkan adalah tinggi berbanding dengan harga yang sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, Kah Woh berkata, berhubung prosiding perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaannya pula, PAC akan meneruskan prosiding berkenaan dengan memanggil Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Rabu.

Jelasnya, ia kemudian akan diteruskan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada minggu depan.

Iklan

Pada Selasa, PAC turut mendengar penjelasan daripada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, prosiding yang bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1 petang turut dihadiri Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI).

Gambar hiasan.