Tidak pakai kasut boleh didenda RM29,256

Iklan
Pemandu-pemandu kereta awam di Britain akan didenda sehingga RM29,256 jika ditangkap kerana memandu kenderaan hanya memakai sandal. - Foto Getty Images

LONDON - Para pemandu kereta awam di Britain akan didenda sehingga £5,000 (RM29,256) jika mereka ditangkap pihak berkuasa kerana tidak memakai kasut ketika memandu kenderaan.

Trend tidak memakai kasut itu dipercayai akan berlaku ekoran cuaca panas ketika ini yang menyebabkan kebanyakan pemandu kenderaan lebih gemar memakai sandal.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pakar-pakar mengeluarkan amaran tentang bahaya pemanduan jika tidak mengikut undang-undang dengan memakai kasut yang sesuai.

Gagal memakai kasut ketika memandu yang sesuai adalah menyalahi Undang-Undang 97 Kod Lebuh Raya kerana memandu tanpa perhatian yang sepenuhnya.

Iklan

Pihak penguat kuasa pengangkutan jalan raya di Britain telah menyenaraikan kasut-kasut yang sesuai atau tidak sesuai dipakai semasa memandu kenderaan.

Antara yang tidak sesuai dipakai itu ialah but untuk berjalan dan kasut tumit tinggi.

Iklan

Pada mulanya sebanyak £100 (RM138) akan dikenakan dan ditolak tiga mata pemanduan.

Jika dihadapkan ke mahkamah, denda itu akan meningkat menjadi £5,000 dan sembilan mata ditolak dan kemungkinan larangan pemanduan bagi tempoh tertentu.- Agensi