Kes positif Covid-19 global lebih 195 juta, korban 4.17 juta

Iklan
Ini diikuti India dengan lebih 31.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 19.6 juta kes.- Foto Reuters

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 195 juta.

Ini berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Iklan
Iklan

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 34.5 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 31.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 19.6 juta kes.

Iklan

Negara yang melebihi angka 6 juta kes ialah Perancis dan Rusia, manakala Turki dan United Kingdom melebihi 5.5 juta kes.

Argentina, Colombia dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Iklan

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan menghampiri 3.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.5 juta.

Malaysia turut melepasi 1 juta kes, manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 500,000 dan lebih 64,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.17 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 611,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 550,000 kes, India lebih 421,000 kes, Mexico lebih 238,000 kes.

Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 120,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 86,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 27,000 diikuti Malaysia.

Thailand dengan lebih 4,000 angka korban. - Sumber Awani