Sidang khas Parlimen patut bincang isu negara, beri pandangan

Iklan
Roslan Shahir

SHAH ALAM - Sidang Khas Dewan Rakyat yang berlangsung selama lima hari bermula pada Isnin sepatutnya dimanfaatkan untuk membincangkan isu yang melanda negara dan dunia.

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, ia adalah platform yang memberi peluang kepada kerajaan dan kesemua wakil rakyat berbincang serta mengemukakan pandangan.

Iklan
Iklan

Ini kerana, kata beliau rakyat pada hari ini sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang mengancam kehidupan mereka, ekonomi negara dan masa depan semua.

"Apakah langkah dan usaha terbaik yang boleh kita ikhtiarkan selain telah dan sedang dilaksanakan kerajaan? Ini yang rakyat mahu tahu dan dengar," soalnya dalam satu kenyataan.

Iklan

Tegas beliau, 32 juta rakyat Malaysia diwakili 222 wakil rakyat sepatutnya bercakap atas kepentingan rakyat dan bukannya atas dasar kepartian atau nafsu politik masing-masing.

"Malangnya apa yang kita dengar pada hari pertama persidangan seperti yang dinyatakan oleh (sebuah) tajuk akhbar adalah drama jerit-menjerit," katanya.

Iklan

Pembangkang ujar beliau, mengambil kesempatan apabila gelanggang dibuka untuk terus terjun dan terjah, memaki hamun serta menyerang kerajaan kerana inilah peluang terbaik untuk melonjakkan sokongan kepada mereka.

"Speaker diaib, Perdana Menteri dan kabinetnya dimaki, inikah kemampuan wakil rakyat pembangkang kita?

"Atas kesempitan dan kesusahan rakyat mereka berterus-terusan berpolitik tanpa menyumbang cadangan atau idea sama ada untuk membantu dan menyelamatkan rakyat juga negara," katanya.

Akhlak dan perlakuan pihak pembangkang pada Isnin lalu, kata beliau cukup memalukan dan menjatuhkan nama baik Parlimen Malaysia.