ARIARNE Titmus dari Australia meneruskan aksi cemerlangnya di kolam renang dengan mencipta rekod Olimpik baharu menerusi acara 200 meter gaya bebas wanita di Sukan Olimpik Tokyo pada Rabu, lapor Xinhua.
Perenang berusia 21 tahun itu menewaskan juara Olimpik dan pemegang rekod dunia, Kathleen Ledecky, dengan catatan masa satu minit 53.50 saat.