JPJ kesan 115 kes ubah suai lori

Iklan
Ops Khas Kesalahan Teknikal bagi Kenderaan Perdagangan (Ubah Suai Struktur dan Kelengkapan Kenderaan Tanpa Kebenaran) diadakan di Pahang dalam tempoh 15 Jun hingga Isnin lalu. - Foto JPJ Pahang

KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengesan 115 kes melibatkan kesalahan mengubah suai lori dengan menambah pagar di bahagian muatan tanpa kebenaran.

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, dua operasi Ops Khas Kesalahan Teknikal bagi Kenderaan Perdagangan (Ubah Suai Struktur dan Kelengkapan Kenderaan Tanpa Kebenaran) diadakan di Pahang dalam tempoh 15 Jun hingga Isnin lalu.

Iklan
Iklan

"Operasi bermula dari 15 Jun hingga 15 Julai lalu mengesan 105 kes dan tindakan saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan terbabit.

"Terbaharu pada Isnin lalu, anggota JPJ Pahang melakukan operasi sama sekitar Kuantan dan hasil pemeriksaan ke atas 22 kenderaan perdagangan dan 10 kes tambah pagar dikesan serta diambil tindakan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati lori-lori yang diubah suai itu turut melakukan kesalahan membawa lebih muatan.

Kamarul Iskandar berkata, pemilik diarah membawa kenderaan terlibat ke pejabat JPJ Pahang untuk diperiksa setelah pengubahsuaian tanpa kebenaran dibaiki.

Iklan