Dera anak hingga maut: Reman ibu bapa dilanjutkan

Iklan
Othman Nanyan

KUANTAN - Perintah reman ke atas ibu kandung dan bapa tiri mangsa dera, Muhammad Hafiz Abdullah, 5 yang meninggal dunia 20 Februari lalu dilanjutkan sehingga 6 Mac depan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Othman Nanyan berkata, perintah sambung reman ke atas pasangan suami isteri berusia 25 dan 54 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Rompin hari ini.

Iklan
Iklan

Pasangan suami isteri itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki menyebabkan kematian mangsa.

Dalam kejadian 20 Februari lalu, mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Padang Rumbia untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Iklan

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa disyaki didera ekoran kesan lebam dan kecederaan akibat dicucuh api rokok di beberapa bahagian badan.

Susulan kejadian, ibu mangsa dan bapa tirinya ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kematian mangsa.

Iklan

Siasatan awal polis mendapati, bapa tiri mangsa mengaku ada memukul kanak-kanak tersebut pada hari kejadian.

Hasil laporan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan berganda pada bahagian badan dan limpa pecah.