Serap segera doktor kontrak: UNI-MLC

Iklan
Lebih 30 doktor kontrak melakukan protes secara aman di hadapan Kompleks Rawatan Ibu dan Anak HTAR Klang bagi menuntut kerajaan menunaikan janji berhubung status perkhidmatan mereka. - Foto fail Sinar Harian

SHAH ALAM - Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menggesa kerajaan agar menyerap segera doktor kontrak demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat negara ini.

Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mamal berkata, pihaknya juga berpandangan penyerapan mereka ke dalam sistem perkhidmatan bukan satu pembaziran, sebaliknya ia adalah satu pelaburan jangka panjang.

Iklan
Iklan

"Kami berpendapat ia perlu dilakukan dengan segera dan serta-merta.

"Tugas doktor-doktor kontrak adalah sama berat dengan beban para doktor yang bertaraf tetap, malah dalam kebanyakan masa tugas mereka adalah lebih berat berbanding doktor-doktor bertaraf tetap," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Justeru beliau berkata, UNI-MLC mahu kerajaan mengambil pendekatan proaktif dengan menyerap doktor-doktor kontrak ke dalam perkhidmatan dengan segera, bukannya menunggu satu atau dua tahun lagi.

Katanya, UNI-MLC menyambut baik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang menyuarakan harapan beliau supaya semua doktor kontrak dapat diserapkan ke jawatan tetap dalam tempoh dua tahun atau kurang.

Iklan

"UNI-MLC memohon supaya kerajaan tidak merumitkan isu yang dihadapi ini sebab semua orang faham apa itu pekerjaan yang berstatus tetap dan berstatus kontrak.

"Doktor-doktor kontrak juga merupakan aset yang berharga bagi sektor perubatan dan kesihatan negara. Pandemik Covid-19 telah membuktikan bahawa negara sebenarnya memerlukan pengalaman mereka untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara dalam jangka panjang," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, UNI-MLC juga berharap Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba agar bersikap lebih sensitif dengan kebajikan doktor dan mengambil pendekatan yang proaktif serta memahami keperluan doktor-doktor kontrak yang merupakan barisan hadapan pada masa yang genting ini.

"Kerajaan juga diharapkan supaya menyediakan peruntukan lebih besar kepada sektor kesihatan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, yang bakal dibentang dalam waktu terdekat, termasuk menyerap masuk doktor-doktor kontrak ke dalam perkhidmatan," ujarnya.