Kelantan FC berdepan PDRM tanpa tiga tonggak

Iklan
Marco Ragini

KETIADAAN tiga pemain utama akibat kecederaan menyebabkan persiapan Kelantan FC menentang PDRM FC dalam Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV pada Rabu, agak tempang.

Ketua Jurulatih Kelantan FC, Marco Ragini berkata, pasukannya akan membawa cabaran sukar tanpa tiga pemain berkenaan, lebih-lebih lagi PDRM FC dikatakan mempunyai motivasi tinggi selepas menewaskan Kelantan United minggu lepas.

Iklan
Iklan

"Penyerang Jack Hindle, pemain pertahanan Muhammad Ghaffar Abdul Rahman dan penjaga gol Muhammad Asfa Mohd Abidin adalah pemain yang disahkan tidak dapat beraksi. Tanpa tiga pemain ini saya perlu menukar taktikal pasukan,” katanya di sini pada Selasa.

Kelantan FC berada pada kedudukan keempat dalam carta liga dengan 18 mata selepas 12 perlawanan.

Iklan
Iklan

Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Itali itu berkata, beliau melihat prestasi PDRM FC menentang Kelantan United Ahad lepas menunjukkan mereka bermain dengan baik selama 80 minit. - Bernama