TOKYO - Juara Olimpik lima kali, Kathleen Ledecky dari Amerika Syarikat (AS) memenangi emas pertamanya dalam acara renang 1,500 meter (m) gaya bebas wanita pada Rabu, lapor Xinhua.
Sebelum ini, Ledecky kalah tipis di tangan perenang Australia, Ariarne Titmus dalam acara 400m gaya bebas wanita pada Isnin, tetapi bangkit membuktikan kemampuannya dalam acara 1,500m, berada di kedudukan selesa sebelum menamatkan permainan dengan catatan masa 15 minit 37.34 saat.