PELUMBA Slovenia, Primoz Roglic memenangi emas menerusi acara berbasikal ujian masa individu kategori lelaki di Tokyo 2020 pada Rabu.
Pelumba berusia 31 tahun itu menamatkan saingan di laluan berbukit sejauh 44.2 kilometer dengan catatan masa 55 minit 04.19 saat sekali gus melayakkannya merangkul emas, menurut Xinhua.