PLUS lancar kempen Satu Beli Seribu Harapan

Iklan
Kempen Satu Beli Seribu Harapan yang dilancarkan PLUS di kawasan R&R lebuh raya.

SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melancarkan kempen bertemakan Satu Beli Seribu Harapan dengan mengajak orang ramai yang dibenarkan rentas daerah dan negeri supaya berbelanja di gerai kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya.

Kempen tersebut antara usaha PLUS membantu pengendali perniagaan R&R setempat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan meminta sokongan orang ramai untuk berbuat demikian.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan berkata, inisiatif tersebut sejajar dengan konsep asal lebuh raya di mana bertujuan untuk meningkatkan tahap ekonomi peniaga komuniti yang tinggal di sepanjang jajaran lebuhraya.

"Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan pada Mac 2020 kami telah menghulurkan bantuan kepada semua perniagaan R&R termasuk pengurangan dan pengecualian sewa.

Iklan

"Walau bagaimanapun, disebabkan larangan rentas negeri dan daerah yang berpanjangan, kebanyakan pengusaha tempatan kecil di lebuh raya kami telah mengalami kesan berat serta menghadapi cabaran berbeza jika dibandingkan dengan peniaga kecil di kawasan bandar.

"Inilah sebabnya kami melipat gandakan usaha melalui kempen ini demi mendapatkan sokongan seluruh rakyat Malaysia dan menimbulkan kesedaran bahawa setiap pembelian dapat menyokong kelestarian seluruh komuniti di sepanjang jajaran lebuh raya kami," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Tambah beliau, PLUS juga telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk menganjurkan latihan dalam talian untuk membantu pengusaha perniagaan tempatan menyesuaikan bisnes mereka dengan realiti baharu akibat Covid-19.

Jelasnya, ia dilaksanakan melalui inovasi dan pendigitalan serta memperkenalkan Sistem Pra-Pesanan dalam talian untuk perkhidmatan tanpa sentuhan di R&R melalui Aplikasi PLUS sejak April tahun lepas.

"Justeru, PLUS menjemput mereka yang mendapat kelulusan melakukan perjalanan semasa PKP untuk membuat pembelian F&B menggunakan fungsi pra pesanan melalui aplikasi PLUS dan membantu menyalakan kempen ini.

"Pelanggan lebuh raya boleh memuat turun aplikasi PLUS secara percuma dari Google Play Store atau Apple App Store dan menggunakan fungsi Pra-Pesanan untuk pesanan bawa pulang di R&R terpilih.

"Sila layari www.plus.com.my atau ikuti perkembangan kami di Facebook, Instagram and Twitter untuk maklumat lanjut," katanya.