TRW akur kehebatan The Cops di Kota Bharu

Iklan
Kapten Kelantan, Mario Arques (dua dari kiri) cuba melepasi tonggak pertahanan PDRM pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Rabu.

KELANTAN gagal meneruskan rentak kemenangan apabila kecundang 1-2 di tangan PDRM FC dalam aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada Rabu.

Pada perlawanan itu, tuan rumah dilihat sedikit tertekan apabila The Cops lebih banyak mendominasi corak permainan menerusi beberapa percubaan bahaya.

Iklan
Iklan

Gawang Kelantan yang dikawal Mohamad Faridzuean Kamarudin bocor pada minit ke-26 menerusi sepakan penalti oleh ketua pasukan pelawat, Lazarus Kaimbi.

Kaimbi yang kaya dengan pengalaman tenang menoktahkan sepakan derasnya ke sebelah kanan pintu gol Kelantan FC meskipun Mohamad Faridzuean tepat membaca kedudukan bola tersebut.

Iklan

Jaringan itu telah menyemarakkan semangat pelawat apabila terus melancarkan serangan ke kubu The Red Warriors (TRW), sekali gus memaksa Mohamad Faridzuean terpaksa bermandi 'peluh' menyelamatkan gawangnya dari dibocori.

Keputusan 0-1 berpihak kepada pelawat itu kekal hingga tamat perlawanan, sekali gus memberi 'tekanan' kepada pengendali TRW Marco Ragini untuk mencari ramuan terbaik pada babak berikutnya.

Iklan

Sejurus babak kedua bersambung, Mario Arques yang memakai lilitan kapten di bahu kiri memberikan kelegaan buat Ragini apabila meledakkan jaringan penyamaan pada minit ke-49 untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Kelantan FC memiliki beberapa peluang terbaik untuk mendapat jaringan namun gagal diterjemahkan oleh jentera serangan.

Minit ke-74, Natanael Ringo terlepas peluang menjarakkan kedudukan selepas rembatannya 'diselamatkan' oleh tiang gol PDRM FC sekaligus penjaga gawang pasukan itu Muhd Asri Muhamad sudah tertewas.

Usaha Kelantan meraih mata 'dibunuh' oleh Bruno Suzuki apabila meledakan jaringan kemenangan pada minit ke-83, sekali gus meneruskan rentak kemenangan pasukan itu.