Djokovic teruskan impian buru Grand Slam Emas

Iklan
Djokovic meraikan kejayaan menewaskan Alejandro Davidovich Fokina dari Sepanyol, 6-3, 6-1 pada pusingan ketiga acara tenis perseorangan lelaki di Ariake Tennis Park, Tokyo. - Foto AFP

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic meneruskan impian memenangi Grand Slam Emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menempah slot suku akhir acara tenis perseorangan temasya sukan terbesar dunia tersebut.

Pada saingan pusingan ketiga, pemain Serbia berusia 34 tahun itu tidak berdepan masalah menewaskan pemain ranking ke-34 dunia dari Sepanyol, Alejandro Davidovich Fokina, 6-3, 6-1.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu membolehkan Djokovic yang juga pemain pilihan pertama temasya tersebut berdepan pemain Jepun berusia 31 tahun yang berstatus ke-57 dunia, Kei Nishikori pada peringkat suku akhir.

Sementara itu, pemain pilihan kedua Daniil Medvedev dari Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) juga mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan pemain Itali, Fabio Fognini.

Iklan
Iklan

Medvedev yang juga pemain nombor dua dunia berusia 25 tahun tersebut tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain berusia 34 tahun yang berkedudukan ranking ke-15 dunia tersebut dengan keputusan 6-2, 3-6, 6-2.