Petugas kesihatan membuat persiapan Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan (PL) ketika tinjauan hari ini.
Dewan ini kembali beroperasi sebagai PKRC dengan kapasiti 130 katil dalam satu-satu masa.
Kes baharu Covid-19 hari ini melonjak kepada 17,405 kes dalam tempoh 24 jam lepas, tertinggi sejak pandemik melanda negara menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 1,061,476.