Lawan habis-habisan!

Iklan
Aaron dan Wooi Yik bakal berdepan ujian sukar pada aksi suku akhir acara beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza pada Khamis.

BEREGU badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bertekad memberikan aksi terbaik ketika berdepan gandingan Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon dalam aksi suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Khamis.

Aaron berkata, dia dan Wooi Yik bersama jurulatih mereka, Flandy Limpele kini sedang merencanakan strategi mantap untuk menewaskan beregu nombor satu dunia itu.

Iklan
Iklan

"Apabila sudah masuk peringkat suku akhir, lawan siapa pun sama sajalah. Jadi tak kira lawan Kevin Sanjaya dan Marcus Fernaldi atau lawan sesiapapun.

"Kami sudah fikir, siapapun lawan pada suku akhir, kami akan lakukan yang terbaik dan melawan sehingga habis-habisan,” kata Aaron menerusi satu video di laman Facebook Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Rabu.

Iklan

Atas kertas, Aaron-Wooi Yik yang kini menduduki tangga kesembilan dunia bakal berdepan tugas sukar berdasarkan rekod tujuh pertemuan menentang beregu handalan Indonesia itu.

Dalam kesemua tujuh pertemuan itu, Aaron-Wooi Yik masih gagal meraih sebarang kemenangan dengan kali terakhir mereka tewas pada aksi suku akhir Seluruh England di Birmingham Mac lalu.

Iklan

Namun, pertemuan di Musashino Forest Sport Plaza pada Khamis sudah tentu mahu digunakan sebaiknya Aaron-Wooi Yik dalam usaha merobohkan ego Kevin Sanjaya-Marcus Fernaldi.

"Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan persembahan kami pada saingan peringkat kumpulan walaupun mengakhiri saingan sebagai naib juara kumpulan.

"Apa yang penting, kami telah memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan sebelum ini dan akan terus memberikan yang terbaik dalam perlawanan akan datang,” ujar Aaron.

Aaron-Wooi Yik menutup tirai peringkat Kumpulan D dengan muncul naib juara di belakang juara kumpulan dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

Sementara itu, Flandy Limpele mengakui undian tersebut merupakan satu cabaran buat kedua-dua anak didiknya pada saingan Tokyo 2020 kali ini.

"Saya percaya Aaron-Wooi Yik akan beri tentangan habis-habisan, namun saya amat berharap Aaron-Wooi Yik dapat mengatasi perasaan gementar dan tampil lebih yakin," katanya.