Sazili mahu UiTM FC terus bersaing

Iklan
UiTM FC antara kelab yang mengambil bahagian dalam saingan Liga-M. (Gambar kecil) Mohd Sazili. FOTO: UiTM FC

PROFESOR Dr Mohd Sazili Shahibi dilantik sebagai Presiden UiTM FC yang baharu berkuat kuasa serta-merta menggantikan Profesor Dr Azizan Abdullah pada Rabu.

UiTM FC dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu dibuat hasil Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah UiTM FC dan Mohd Sazili merupakan presiden yang ketiga sejak kelab tersebut ditubuhkan pada 2008.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu menyebut Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yakin Mohd Sazili mampu menggalas amanah sebagai Presiden UiTM FC dengan cemerlang berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.

UiTM FC berkata, dalam ucapan pertama beliau kepada Ahli Lembaga Pengarah, Mohd Sazili menyarankan agar mereka dapat bekerja sebagai satu pasukan dan memastikan UiTM FC terus mampu bersaing di persada bola sepak negara.

Iklan

Menurut kenyataan itu, Mohd Sazili berkata, pencapaian baik yang ditinggalkan oleh dua bekas presiden akan menjadi daya pendorong untuk beliau meneruskan kesinambungan kecemerlangan tersebut.

Katanya, UiTM FC dilahirkan melalui inisiatif pusat kecemerlangan sukan institut pengajian tinggi (IPT) dalam teras utama Dasar Pembangunan Sukan IPT dan beliau akan memastikan amanah Kementerian Pengajian Tinggi akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. - Bernama

Iklan