Kerajaan diminta lebih ikhlas bekerjasama dengan pembangkang

Iklan
Fahmi semasa program Dialog Tiga Penjuru: Mesyuarat Khas Parlimen - Bersatu tangani pandemik, pada Rabu.

SHAH ALAM - Kerajaan diminta supaya lebih ikhlas dalam langkahnya untuk bekerjasama dengan pembangkang bagi menangani penularan Covid-19.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, usaha untuk menyelamatkan negara daripada ancaman wabak tersebut memerlukan kerjasama yang tidak hanya sekadar seperti mencukupkan syarat sahaja.

Iklan
Iklan

"Bukan saya nak skeptikal. Tapi kalau kita lihat Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibentuk tanpa berbincang dengan pembangkang dulu untuk diteliti. Kami dijemput kemudian dan hanya diberikan tiga tempat walhal pembangkang ini besar.

"Sekarang ini bukan sahaja Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), tetapi ada juga Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan bebas.

Iklan

"Jadi bagi tiga sahaja. Itu bagi saya sepatutnya lebih ikhlas,” katanya ketika mengulas mengenai kerjasama pembangkang dalam MPN dal

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengarah Komunikasi PKR berkata, bagi menggabungkan kerjasama berkesan antara kerajaan dan pembangkang, ia memerlukan kepada kepimpinan yang berkesan, kukuh dan berkeyakinan.

Iklan

"Bagi saya ia bermula dengan kepimpinan yang ada keyakinan dan kemahuan serta pandangan yang sangat jauh.

"Kita sekarang ini berjuang bukan untuk diri sendiri atau parti tapi rakyat dan masa depan negara. Kalau perkara ini tidak menjadi asas kepada setiap ikhtiar kita, maka banyaklah masalah yang kita akan hadapi,” ujarnya.