Tangki penyimpanan gas oksigen cecair

Iklan
Setiap hari lebih kurang 2,000 tong oksigen digunakan untuk pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Serdang dan keadaan itu kian mencabar kerana tong oksigen yang kosong perlu dihantar untuk pengisian di Banting.

Ini memakan masa dan mencabar dari segi pengangkutan dan situasi trafik kerana silinder oksigen ini diperlukan dalam keadaan yang cepat, kata Pengarah PKRC MAEPS 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim. - Foto Bernama