400 anggota ATM bertugas sepanjang Fasa Satu PPN di NS

Iklan
Antara anggota ATM 1 Briged, Kem Rasah melakukan derma darah pada Khamis.

SEREMBAN - Seramai 400 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Negeri Sembilan terlibat penugasan sepanjang Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Iklan
Iklan

Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia, Briged Jeneral Mohd Saifulisham Baharun berkata, kumpulan tersebut termasuk mereka yang menyokong pasukan PDRM mengadakan 31 Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negeri.

Katanya, pihaknya juga menempatkan anggota ATM di dua kawalan keselamatan Pusat Kurantin dan Rawatan Covid - 19 (PKRC) serta kawasan yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperktetakan (PKPD) di Rembau.

Iklan

Brig Jen Mohd Saifulisham (kanan) semasa membuat tinjauan pada program Derma Darah di 1 Briged Seremban pada Khamis.

"Situasi Covid - 19 di negeri ini dalam keadaan terkawal dengan berpandukan formasi yang dibentuk oleh kerajaan negeri.

Iklan

"Penugasan tentera di Negeri Sembilan agak tinggi dengan mengatur gerak hampir 400 anggota setiap hari untuk membantu keseluruhan keperluan termasuk di sekatan jalan raya dan kawalan keselamatan di kawasan PKPD serta PKRC," katanya di program Derma Darah Sempena Hari Ulang Tahun 1 Briged, di Kem Rasah, pada Khamis.

Dalam program tersebut, seramai 120 anggota ATM dari 1 Briged menyertai program Derma Darah dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Darah Hospital Tuanku Jaafar.

Program derma darah itu diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat selain mengehadkan jumlah penderma hanya 15 orang pada satu masa.

Program Derma Darah itu diadakan sempena Hari Ulang Tahun 1 Briged yang ke-73, di samping membantu menampung kekurangan bekalan darah di hospital.