Dua kemalangan maut dalam tempoh tujuh jam

Iklan

GEORGE TOWN - Dua kemalangan maut berlaku di sini dalam tempoh tujuh jam melibatkan dua penunggang motosikal, satu daripadanya melibatkan kes langgar lari.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang hari ini berkata kemalangan pertama berlaku kira-kira pukul 11.50 malam tadi melibatkan seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Srihati Achmadi, 41, di susur keluar Gelugor dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Iklan
Iklan

"Mangsa meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang selepas dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang pemandunya dipercayai melarikan diri dan meninggalkan kenderaannya di tempat kejadian,” katanya.

Seorang lagi penunggang motosikal, Md Sajen Shekh, 35, cedera parah dilanggar kereta yang sama yang bernombor pendaftaran PJX4553 dan Che Zaimani meminta orang awam yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil memberi keterangan.

Iklan

Dalam kemalangan berasingan, seorang lelaki tempatan, Mohammad Akif Aiman Abdul Malek, 20, dari Kupang, Kedah, maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan bertembung dengan sebuah treler.

Che Zaimani berkata kemalangan itu berlaku di Jalan Tetembok kira-kira pukul 6.45 pagi. - Bernama

Iklan