SYDNEY - Pasukan olahraga Australia pada Khamis dikuarantin selepas atlet lompat galah Amerika Syarikat (AS), Sam Kendricks didapati positif Covid-19.
"Skuad Australia acara balapan dan padang telah diasingkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan atlet AS positif Covid-19.
Iklan
Iklan
"Mereka kini menjalani prosedur ujian selaras dengan protokol AOC," kata Jawatankuasa Olimpik Australia (AOC) dalam satu kenyataan.
Kesemua 63 atlet Australia, paling ramai untuk acara olahraga dikuarantin di hotel di bawah protokol yang ketat, lapor Xinhua, memetik media tempatan Australia.
Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik AS mengesahkan Kendricks telah dikuaratin dan tidak akan bertanding, menurut laporan itu
Laporan itu menyatakan hanya atlet lompat galah Australia, Kurtis Marschall dikenal pasti sebagai kontak rapat.
Acara olahraga dijadualkan bermula Jumaat, 30 Julai. - Bernama