Tuhan makbulkanlah doa Hatikah

Iklan
Zulkepli (dua, kiri) menyampaikan zakat dari Yayasan Amal Datuk Zul Wisma kepada Hatikah di rumahnya di Kampung Banggol Gajah Mati.

PASIR MAS - Tiada apa lagi yang mampu dilakukan, hanya berdoa kepada tuhan agar diberi kesembuhan pada kaki kirinya sembuh sepenuhnya bagi membolehkan dia kembali bekerja.

Hatikah Daud, 35, patah kaki kirinya selepas terlibat kemalangan jalan raya pada 19 Disember tahun lalu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Iklan
Iklan

Bekerja sebagai tukang cuci, kini harapan keluarga padanya musnah.

Menjadi ibu dan ayah kepada lima anak-anaknya yang masih kecil dan bersekolah, Hatikah Daud, 35, mengakui tidak pernah putus berdoa dan mahu sihat seperti dahulu demi keluarganya.

Iklan

Kudratnya amat diperlukan sementelah dialah yang memikul tanggungjawab itu selepas suaminya dipenjara kerana dadah.

Membesarkan anak-anak yang masih bersekolah bukan semudah disangka.

Iklan

Namun, makin sukar baginya mengurus anak-anak memandangkan dia semakin tidak berdaya.

"Hidup saya berubah sepenuhnya...

"Saya hanya mampu mengengsot untuk bergerak dan dibantu anak-anak serta ibu mertua untuk menguruskan diri," ceritanya.

Lebih meruntun jiwanya apabila doktor mengesahkan dia perlu berehat enam bulan lagi untuk kakinya itu benar-benar sembuh.

"Dua bulan terlantar pun saya rasa perit, apatah lagi untuk enam bulan lagi," rintihnya.

Kini Hatikah bersama lima anaknya masing-masing berusia antara 4 hingga 14 tahun bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk meneruskan kehidupan selain sumbangan jiran-jiran.

Dengan bantuan itulah digunakan untuk membayar sewa rumah RM200 sebulan.

Terdahulu, Hatikah dan keluarga menerima kunjungan dari Yayasan Amal Datuk Zul Wisma di Kampung Banggol, Gajah Mati di sini.

Pengerusi Yayasan Amal Datuk Zul Wisma, Datuk Dr Zulkepli Mohamad menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM500 dan barangan keperluan kepada keluarga Hatikah.

Sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban Hatikah sekeluarga.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan kepada Hatikah menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad miliknya 03-027-02-069712-7.