JPJ, GIACC jalin kolaboratif

Iklan
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim semasa menandatangani persefahaman tersebut.

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) strategik bersama Pusat Governans, Integriti, dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) sebagai usaha memantapkan lagi Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) JPJ yang dilancarkan pada September tahun lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, OACP merupakan komitmen berterusan JPJ bagi memastikan nilai integriti dalam kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan.

Iklan
Iklan

"Kolaboratif ini bakal menjadi satu lagi platform baharu buat JPJ ke arah meningkatkan lagi pemantapan nilai integriti dalam penyampaian perkhidmatan awam dan aktiviti penguatkuasaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau sebelum itu hadir pada majlis ringkas menandatangani MoU itu yang dilakukan bersama Ketua Pengarah GIACC, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan.

Iklan

Dalam pada itu, Zailani berkata, kerjasama berkenaan merupakan hala tuju terbaik kerana ia merupakan indikator ke arah suatu jalinan kerja yang mapan dan utuh terhadap dua agensi itu.

"Kita bersedia pada setiap masa bagi meningkatkan tahap amalan terbaik governans, integriti dan antirasuah jabatan seiring cabaran semasa yang amat dinamik,” ujar beliau.

Iklan