Dihantar pulang akibat komen rasis

Iklan
Moster (berdiri, belakang) berdepan tindakan kerana kenyataan rasisnya.

GARA-GARA mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ketika Sukan Olimpik Tokyo 2020, berlangsung, pengarah sukan pasukan berbasikal Jerman Partrick Moster berdepan tindakan dihantar pulang ke negaranya.

Moster berdepan tindakan berkenaan setelah dikatakan membuat kenyataan sedemikian yang turut disiarkan secara langsung ketika perlumbaan berlangsung.

Iklan
Iklan

Pada siaran langsung berkenaan, Moster dikatakan telah mendesak pelumba Jerman, Nikias Arndt untuk ‘mengejar’ dua pelumba dari Algeria dan Eritrea pada perlumbaan berkenaan.

Moster bagaimanapun difahamkan telah membuat permohonan maaf secara rasmi secara langsung atas perbuatannya itu.

Iklan
Iklan