Kesilapan silam pedoman atasi krisis

Iklan
Krisis Covid-19 telah membunuh lebih 8,000 jiwa daripada lebih sejuta penduduk yang dijangkiti wabak tersebut. - Foto Bernama

KEBELAKANGAN ini ramai merungut tentang pandemik Covid-19. Ada mempertikaikan angka yang meningkat setiap hari. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksana untuk mengekang peningkatan angka mangsa Covid-19. Akibatnya, golongan rentan kian bertambah setiap hari.

Golongan jurutera antara yang terkesan dengan PKPD. Seorang sahabat lama menyatakan Malaysia kini dalam krisis besar abad ke-21. Krisis ini mengubah cara hidup dan bekerja. Penulis berpendapat rakyat Malaysia perlu lebih proaktif menangani krisis kesihatan. Jangan lari daripada permasalahan. Krisis adalah ancaman berbahaya luar jangka terhadap matlamat dan perancangan yang telah dibuat.

Iklan
Iklan

Sejarah kehidupan bangsa membuktikan manusia berdepan pelbagai krisis berulang sepanjang zaman. Sejarah kesulitan manusia dirakam dalam al-Quran sebagai panduan untuk mengatasi krisis. Penderitaan manusia sebenarnya bermula sejak zaman Nabi Adam lagi.

Nah, inilah sejarah manusia yang perlu kita renung. Pengurusan krisis dan risiko bergantung kepada pembuat dasar serta pelaksana yang bijak dan cekap sebelum, semasa serta selepas sesuatu krisis berlaku sama ada di peringkat keluarga, masyarakat, institusi, organisasi dan seterusnya peringkat negara. Krisis Covid-19 telah membunuh lebih 8,000 jiwa daripada lebih sejuta penduduk yang dijangkiti wabak tersebut.

Iklan

Tindakan pencegahan sebagai contoh, mengamalkan ramalan pencegahan sebagai prasyarat dalam proses mengurus krisis melalui pengurusan proaktif adalah dasar pemikiran ramalan peringatan untuk mengelak krisis lebih awal dengan merumuskan sistem pencegahan yang dapat diterima bergantung pada inisiatif dan inovasi serta melatih pekerja mengenainya.

Hipotesis itu mengesahkan sifat dan tahap kesiapsiagaan dalam keadaan menghadapi krisis adalah perlu setanding dengan realiti kecenderungan pencegahan atau penyembuhan dalam kalangan pekerja di sesuatu tempat atau negara itu.

Iklan

Tahap perkadaran antara penyelesaian pencegahan terhadap krisis dan kemampuan hadapi krisis perlu dikembangkan kepada tahap kesiapsiagaan yang tinggi. Keperluan untuk membangun dan melaksanakan program serta latihan kesedaran pencegahan dan kuratif bagi pekerja dalam bidang pengurusan krisis mengenai sesuatu program itu amat memerlukan perancangan terperinci.

Sebagai contoh, ALLAH SWT telah memberi gambaran tentang masalah belalang dan kesan kerosakan yang boleh berubah menjadi krisis bermusim sebagaimana dinyatakan dalam surah Yusuf ayat [12:47-49].

Rasulullah SAW juga telah mempamerkan jalan penyelesaian bijaksana untuk mengatasi sesuatu krisis. Melalui analisis kualitatif mengenai Rasulullah daripada hadis yang diterjemahkan daripada al-Quran dan kerahsiaan kenabiannya dalam menangani krisis ekonomi, sosial dan kesihatan, menjadi pedoman kepada kita bahawa kepimpinan Rasulullah mewakili tonggak kejayaan pencarian strategi bagi menyelesaikan krisis yang tidak diketahui oleh saintis pengurusan sehingga hari ini.

Dapat disimpul kepentingan merancang dan meramalkan keadaan yang mungkin berlaku pada masa akan datang, bergantung pada sebilangan besar maklumat dan fakta al-Quran dan hadis.

Rakyat jangan terlalu sering mendesak pemerintah dengan skop pemerhatian yang sempit. Kisah sejarah silam dan jalan penyelesaiannya yang telah dizahirkan menerusi al-Quran, harus jadi penanda aras dalam mengatasi krisis Covid-19.

* Profesor Madya Dr Ir Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor