Bukan hamil tapi.... : Amyra

Iklan

SEMALAM, gambar pelakon Amyra Rosli terbaring lesu di katil hospital mengejutkan ramai peminatnya.

Tidak kurang juga, ada yang beranggapan isteri kepada pelakon Amar Baharin ini dimasukkan ke hospital akibat alahan kerana hamil.

Iklan
Iklan

Namun pelakon yang popular menerusi drama Nur ini menjelaskan menerusi Insta Stories miliknya, dia sebenarnya menjalani rawatan endoscopy iaitu memasukkan kamera melalui mulut untuk melihat keadaan di dalam badan.

"Myra baru betul-betul fresh dari ubat bius. Myra buat endoscopy sahaja. Jangan risau apa-apa ya...

Iklan

"Yang pastinya tidak hamil, lambat lagi nak cerita pasal itu. Terima kasih atasu doa kalian. Sayang semua," tulisnya.

Sementara itu, Amar dalam satu temu bual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu memberitahu Amyra mengalami sakit perut yang kuat dan dia telah membawa isterinya itu ke hospital.

Iklan

Namun belum dapat dipastikan punca atau penyakit yang dialami oleh Amyra.