Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Iklan
Urus niaga ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada pagi Jumaat ini dengan mata wang AS terus bergerak secara mendatar.

KUALA LUMPUR - Urus niaga ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada pagi Jumaat ini dengan mata wang AS terus bergerak secara mendatar selepas ekonomi negara itu menunjukkan data yang lebih rendah daripada jangkaan, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2350/2400 berbanding dolar AS daripada 4.2360/2410 pada penutupan urus niaga Khamis.

Iklan
Iklan

Pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, walaupun dolar AS berjaya mendapat sedikit sokongan, pergerakannya tetap kekal mendatar hari ini kerana data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS adalah lebih rendah daripada jangkaan iaitu pada 6.5 peratus berbanding unjuran 8.5 peratus.

"Hakikat yang menunjukkan KDNK berada jauh daripada jangkaan telah menimbulkan persoalan mengenai kecekapan dasar monetari yang diamalkan oleh Rizab Persekutuan AS selama ini, dengan pusat Amerika berusaha untuk memulakan ekonomi walaupun akan melibatkan kadar inflasi yang lebih tinggi," tambahnya.

Iklan

Sementara itu, pada paras pembukaan, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1275/1315 daripada 3.1285/1324 penutupan semalam dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9066/9135 daripada 5.9092/9162 sebelumnya.

Iklan

Bagaimanapun, unit tempatan itu lemah berbanding euro kepada 5.0316/0375 daripada 5.0294/0353 dan lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8648/8697 daripada 3.8562/8611 sebelumnya. - Bernama