Bawa suara 45 peratus pengundi muda: PSM

Iklan
Wacana Sinar Harian ke 91 bertajuk 'Semenyih Pasca PRK: Janji Untuk Rakyat' di Dewan Karangkraf, di Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM - Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul menyifatkan pemilihan beliau sebagai calon bagi PRK Semenyih adalah bagi memperjuangkan 45 peratus pengundi di kawasan itu yang terdiri daripada golongan muda.

Menurut calon yang berusia 25 itu lagi, muatan perjuangan yang akan dibawa pastinya akan memberi fokus terhadap kelompok berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kita sebenarnya kekurangan orang muda (calon). Kebiasaanya (yang menjadi calon) adalah mereka yang mempunyai kabel yang kuat dan kroni.

"Tetapi PSM melihat perlunya untuk menghargai suara orang muda.

Iklan

"Jadi, pemilihan saya sebagai calon adalah bagi membawa muatan perjuangan 45 peratus pengundi di Semenyih yang terdiri daripada golongan muda,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir sebagai panelis Wacana Sinar Harian ke 91 bertajuk 'Semenyih Pasca PRK: Janji Untuk Rakyat' di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Iklan

Nik Aziz antara empat calon yang bersaing untuk merebut kerusi DUN Semenyih 2 Mac ini. Tiga calon adalah Muhammad Aiman Zainali (PH), Zakaria Hanafi (BN) dan Kuan Chee Heng (calon Bebas).

PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada PH pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.