Tukang rumah ditemui mati mengejut

Iklan
Mayat mangsa di bawa ke HRPZ II untuk bedah siasat. Gambar kecil: Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin

BACHOK – Seorang tukang rumah berusia 61 tahun ditemui mati mengejut di sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Padang Lati, Bekelam di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian tersebut, lelaki berkenaan ditemui oleh saudaranya pada jam 2 pagi di dalam rumah berkenaan dengan jarak 100 meter dari jalan utama.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika di hubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, lokasi mangsa ditemui adalah 30 meter dari kediamannya yang dikelilingi lima rumah dengan kesemua penghuninya mempunyai ikatan persaudaraan.

Iklan

"Semasa pihak kami sampai ditempat kejadian, mayat mangsa memakai kain pelikat dan tidak berbaju. Pemeriksaan lanjut ditempat kejadian tidak menjumpai sebarang objek atau cecair yang mencurigakan yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Mangsa di temui di dalam rumah yang sedang dibina tersebut.

Iklan

Menurutnya, siasatan awal dari anak mangsa memberitahu, mangsa dikatakan berada di dalam bilik tidur dirumahnya namun kira-kira jam 11 malam, anaknya menyedari mangsa tiada di dalam bilik tersebut.

Katanya, setelah di periksa, tiada ahli keluarga lain yang nampak mangsa mereka keluar dari rumah berkenaan.

"Mangsa dikatakan sentiasa berada dalam kemurungan sejak dua tahun lalu dan selalu bercakap seorang diri serta mendengar suara-suara bisikan halus. Difahamkan mangsa pernah mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun pihak HUSM mengatakan dia tidak mempunyai sebarang penyakit.

"Mangsa juga telah dibawa berubat secara tradisional dan hanya pulih untuk seketika sebelum penyakitnya kembali berulang. Mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.