HTAR dijangka terima lebih banyak peralatan, pakar

Iklan
Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dijangka menerima lebih ramai pakar dan peralatan perubatan termasuk oksigen serta mesin ventilator susulan arahan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang membuat lawatan mengejut ke hospital berkenaan petang Khamis.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dalam menyampaikan penghargaan terhadap lawatan Dr Adham itu turut menyuarakan harapan agar segala arahan dan janji menteri kesihatan itu dapat dipenuhi dalam tempoh dua minggu akan datang.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau berkata, dalam lawatan itu, Dr Adham meluangkan masa hampir dua jam memeriksa dan berbual dengan pesakit, doktor dan pengurusan HTAR termasuk melawat ke beberapa bahagian hospital berkenaan.

"Pesakit-pesakit yang duduk di luar Jabatan Kecemasan memberitahu beliau (Dr Adham) bahawa mereka sudah dua jam berada di situ tanpa makanan, meskipun sebahagiannya mengatakan ada makanan diagihkan, dan menteri kemudian meminta 400 makanan lagi dibawa masuk,” katanya.

Iklan

"(Saya) ingin mengucapkan terima kasih kepada menteri (kesihatan) atas lawatan mengejut beliau ke HTAR, iaitu komitmen yang beliau buat di Parlimen dua hari lepas,” katanya. - Bernama

Iklan