Nur Dhabitah mara ke separuh akhir

Iklan
Nur Dhabitah

PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke saingan separuh akhir acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam peringkat kelayakan di Pusat Akuatik Tokyo pada Jumaat.

Nur Dhabitah menamatkan saringan kelayakan itu di kedudukan ke-10 selepas mengumpul keseluruhan 291.60 mata sekali gus berada dalam kelompok 18 penerjun terbaik yang layak ke separuh akhir.

Iklan
Iklan

Namun, nasib berbeza dialami seorang lagi wakil negara Wendy Ng Yan Yee yang menyudahkan saingan tersebut di kedudukan ke-20 dengan mata keseluruhan 251.95.

Peringkat kelayakan tersebut didominasi oleh wakil dari China yang juga penyandang pingat emas Rio 2016, iaitu Shi Tingmao dengan 350.45 mata, manakala Wang Han di kedudukan kedua dengan 347.25 mata disusuli penerjun Kanada, Jennifer Abel (332.40).

Iklan
Iklan

Aksi separuh akhir akan berlangsung pada Sabtu.