Speaker yakin DUN Johor bersidang aman, tertib

Iklan
Suhaizan (dua dari kanan) bersama ahli Amanah Kawasan Johor Bahru membuat laporan terhadap Takiyuddin di Balai Polis Tampoi, Johor Bahru pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang akan bersidang pada 12 Ogos ini diyakini berlangsung secara aman dan tertib.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat berkata, keadaan politik di Johor berbeza jika dibandingkan dengan persidangan di Parlimen.

Iklan
Iklan

"Kita di Johor agak berbeza sedikit, saya sendiri sudah menjadi Speaker DUN selama tiga tahun. Belum ada situasi seperti yang disaksikan seperti di Parlimen.

"Saya yakin, sidang DUN Johor akan berjalan lancar. Perbezaan pendapat itu biasa tetapi kebiasaannya dalam keadaan yang terkawal," katanya yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Amanah Kawasan Johor Bahru membuat laporan terhadap Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Balai Polis Tampoi di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdukacita dengan tindakan kerajaan yang membatalkan Ordinan Darurat kerana masih belum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

Iklan

Suhaizan berkata, sidang DUN Johor akan memberi tumpuan terhadap masalah rakyat dan langkah pemulihan khususnya dalam tempoh yang mencabar akibat pandemik Covid-19.

"Isu utama sekarang ialah Covid-19 yang meningkat setiap hari. Jadi saya kira Menteri Besar Johor (Datuk Ir Hasni Mohammad) akan membentangkan usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat di Johor selain menumpukan kepada usaha pemulihan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor, kakitangan kerajaan serta petugas media terlibat dengan sidang DUN Johor akan menjalani ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum bermula.