JUARA Wimbledon yang juga pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic gagal dalam misinya untuk meraih gelaran Grand Slam Emas apabila tersingkir pada aksi separuh akhir tenis perseorangan lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Djokovic yang juga pilihan pertama pada temasya Olimpik kali ini, terpaksa akur dengan kebangkitan hebat yang dipamerkan pemain Jerman yang juga pemain ranking kelima dunia ketika ini, Alexander Zvrev pada aksi separuh akhir berkenaan.
Iklan
Iklan
Djokovic, 34, mempamerkan aksi cemerlang pada set pertama sebelum mengatasi Zverev 6-1 dalam tempoh 37 minit.
Bagaimanapun, Zverev mempamerkan aksi bertenaga pada set kedua sebelum menewaskan Djokovic 6-3 dalam tempoh 45 minit.
Seterusnya pada set ketiga, Zverev, 24, dilihat terus cemerlang dan memerlukan 41 minit untuk menewaskan pemain Serbia itu 6-1.
Djokovic yang masih belum memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik, kini berpeluang untuk memenangi gangsa apabila dijadualkan berdepan pemain ranking ke-11 dunia dari Sepanyol, Pablo Carreno Busta yang tewas 3-6, 3-6 dalam satu lagi aksi separuh akhir kepada pemain ranking ke-12 dunia dari Russia, Karen Khachanov.
Artikel Berkaitan