Alessandar sumbang pingat pertama San Marino

Iklan
Alessandra Perilli -Foto: KIFI

NEGARA paling kecil di dunia, San Marino mencatatkan sejarah tersendiri apabila atlet menembaknya, Alessandra Perilli memenangi pingat Olimpik apabila memenangi gangsa dalam acara menembak (trap), di Sukan Olimpik Tokyo 2020, pada Jumaat.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan negara yang hanya mencatatkan populasi berjumlah 34,000 penduduk itu muncul selaku negara dengan jumlah penduduk paling rendah di dunia yang memenangi pingat di temasya Sukan Olimpik.

Iklan
Iklan

Mengulas lanjut, Alessandra berkata, kemenangan itu nyata sungguh bermakna buat dirinya setelah gagal merealisasikan hasrat meraih pingat pada Sukan Olimpik London, pada 2012 apabila hanya sekadar mampu menamatkan saingan pada kedudukan keempat.

Justeru katanya, dia hanya memikirkan untuk memberikan aksi terbaik dan membawa pulang kejayaan pada Olimpik kali ini.

Iklan

"Ketika aksi final, apabila penembak kelima tersingkir (daripada saingan). Ketika itu saya hanya memikirkan bahawa saya tidak mahu sekali lagi menamatkan saingan di tempat keempat.

"Jadi, saya perlu melakukan yang terbaik kali ini dan saya gembira kerana saya telah berjaya berada pada kedudukan ketiga kali ini,” katanya.

Iklan

Kejayaan Alessandra itu sekali gus telah menjadikan atlet berusia 33 tahun itu sebagai rakyat pertama dari San Marino, memenangi pingat pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Kemenangan itu turut menjadikan negara yang hanya didiami 34,000 penduduk itu memecahkan rekod negara Bermuda yang memenangi acara triatlon wanita menerusi Flora Duffy.

Difahamkan, rekod untuk negara kecil yang memenangi pingat di temasya sukan Olimpik sebelum ini menjadi milik Liechtenstein yang memenangi 10 pingat Olimpik sebelum ini.

Mengulas mengenai kejayaannya itu, Alessandra berkata, dia bertekad untuk melakukan yang terbaik pada acara menembak (trap) kerana tidak mahu lagi menamatkan saingan pada kedudukan keempat.

"Ketika aksi final, apabila penembak kelima tersingkir, saya hanya memikirkan tidak mahu sekali lagi menamatkan saingan di tempat keempat, jadi saya perlu melakukan yang terbaik," katanya.

"Ini adalah pingat pertama saya dan untuk negara. Kami datang dari negara kecil tetapi cukup berbangga,” katanya.