Sesi akademik secara dalam talian mulai Ogos

Iklan

KUALA LUMPUR - Pengajaran dan pembelajaran penuntut baharu program Asasi dan Diploma sesi akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula Ogos.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan pada Jumaat malam, menyatakan keputusan itu mengambil kira situasi semasa penularan Covid-19 dalam negara ketika ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, menurut KPT universiti awam (UA) boleh mempertimbangkan kemasukan penuntut Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bermula pada Oktober atau pada semester berikutnya bergantung kepada kesediaan dan ketetapan UA masing-masing.

Ibu bapa dan penuntut yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/ 6623/6628.

Iklan
Iklan

Mereka juga boleh melayari laman web institusi pengajian tinggi (IPT) atau terus menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing. - Bernama