Bekas pegawai menteri, timbalan menteri PH lapor polis artikel Hadi

Iklan
Nor Niswary (tengah) bersama rakan-rakannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas pegawai menteri dan timbalan menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuat laporan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Bekas pegawai tugas-tugas Khas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nor Niswary Ramli berkata, artikel yang disiarkan di sebuah portal pada Sabtu itu didakwa berniat mahu menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan serta kegentaran awam.

Iklan
Iklan

"Artikel itu juga didakwa berniat mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap golongan atau kaum lain," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Sabtu.

Nor Niswary turut mendakwa, artikel itu satu rencana palsu atau mengancam dengan niat untuk menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Iklan

"Sebagai Presiden sebuah parti politik, artikelnya didakwa mempengaruhi ahli, penyokong parti dan pengikutnya serta boleh mencetuskan ketidakharmonian agama.

"Ia boleh menimbulkan kebencian tidak berasas dan tidak rasional dalam kalangan rakyat serta membahayakan pengundi dan penyokong Pakatan Harapan.

Iklan

"Ia turut memfitnah kerajaan Pakatan Harapan dan pemimpinnya," katanya.

Nor Niswary bersama rakan-rakannya membuat laporan polis supaya siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap individu yang bertanggungjawab.