Batal darurat: Kerajaan perlu sediakan justifikasi kukuh

Iklan
Rusdi Omar

KOTA BHARU – Kerajaan perlu bertindak segera menyelesaikan kemelut melibatkan 'tempoh darurat' yang diperkatakan banyak pihak sejak kebelakangan ini.

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Rusdi Omar berkata, tambahan pula kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai tempoh darurat yang mendukacitakan Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Iklan
Iklan

"Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 boleh melakukan peranan mereka dalam hal ini kerana Seri Paduka Baginda berdukacita mengenai hal itu.

"Selain itu, Takiyuddin juga perlu membuat permohonan maaf daripada Yang di-Pertuan Agong kerana ia bukan perkara kecil," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Iklan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini menzahirkan rasa amat dukacita terhadap pengumuman pembatalan Ordinan Darurat oleh Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai lalu, sedangkan Seri Paduka Baginda belum memperkenankannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong dukacita kenyataan pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan

Iklan

Pembatalan Ordinan Darurat ikut undang-undang, Perlembagaan: PMO

Menurut Rusdi, rakyat kini sedang menunggu tindakan kerajaan selepas dikejutkan dengan kenyataan yang dikeluarkan Takiyuddin sebelum ini.

Tambah beliau, perkara yang berlaku memperlihatkan kononnya kerajaan mempunyai agenda tertentu dalam melaksanakan darurat baru-baru ini.

"Kerajaan perlu bersuara dan selesaikan hal ini. Rakyat tidak nampak apa yang dilakukan kerajaan dalam tempoh darurat selain peningkatan kes Covid-19.

"Lakukan perbincangan, jangan cakap sahaja. Kerajaan perlu sediakan justifikasi yang kuat dan kukuh mengapa darurat ditarik balik dalam keadaan sekarang," katanya.

Rusdi juga memberitahu, kerajaan perlu menangkis persepsi bahawa darurat dilaksanakan kerana survival politik pemimpin tertentu dan bukan untuk menangani pandemik Covid-19.