YANGON - MYANMAR. Sekurang-kurangnya lapan orang cedera dalam kejadian letupan bom di Kyaukphyu di Rakhine.
Letupan berlaku di kompleks pejabat Jabatan Pentadbiran Awam di bandar Kyaukphyu pada Selasa.
Siasatan mendapati bom itu ditanam di belakang pejabat berkenaan dan meletup ketika petugas sedang menjalankan aktiviti pembersihan. – Agensi