Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut terperosok bawah van

Iklan
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Skudai Lama, Taman Tampoi Indah, Johor Bahru pada malam Jumaat.

JOHOR BAHRU - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah van di Jalan Skudai Lama, Taman Tampoi Indah di sini pada malam Jumaat.

Iklan
Iklan

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Nazarudin Yusof berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu pada jam 10.24 malam melibatkan lelaki berusia 39 tahun yang menunggang KTM Duke 250.

Menurut beliau, seramai 12 pegawai dan anggota dengan sebuah jentera Fire Resuce Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Iklan

Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dari bawah van.

"Setibanya di lokasi didapati penunggang motosikal tersebut tersepit di bahagian bawah van berkenaan.

Iklan

"Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas, namun telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pemandu van yang berusia 49 tahun bagaimanapun selamat dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi tamat pada jam 11 malam.