HPSF nafi terima pesakit Covid kluster kilang di Kesang

Iklan
HPSF menafikan akan menerima 200 pesakit Covid-19 melibatkan kluster dari sebuah kilang di Kesang seperti yang tular di media sosial pada Sabtu.

MUAR - Pihak pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini menafi akan menerima 200 pesakit Covid-19 melibatkan kluster dari sebuah kilang di Kesang seperti yang tular di media sosial pada Sabtu.

Pengarah HPSF Muar, Dr Muhammad Yusof Sibert berkata, ketika ini hanya ada sebuah dewan serbaguna yang diubah suai sebagai wad Covid-19 dan digunakan untuk keperluan sementara bagi menampung jumlah pesakit yang bergejala tahap 1 dan 2.

Iklan
Iklan

"Justeru kita mohon orang ramai agar berhenti daripada menyebarkan maklumat tidak sahih bertujuan mengelakkan panik dalam kalangan orang ramai khususnya waris pesakit lain yang sedang dirawat," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Mesej berkenaan tular dengan memaklumkan orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting dinasihatkan agar tidak berkunjung ke HPSF berikutan keadaan membabitkan kes Covid-19 di hospital itu semakin kritikal.

Iklan
Iklan

"HPSF Muar tengah tunggu seramai 200 pesakit positif Covid-19 daripada sebelah Kesang iaitu kluster kilang ST. Dewan serbaguna telah diubah suai menjadi tempat Covid. Wad yang ada pun 90 peratus adalah kes Covid. Jaga diri masing-masing," kata mesej tular itu.