KUALA LUMPUR - Negara dan rakyat amat terhutang budi kepada pahlawan negara kerana apa yang dinikmati oleh negara hari ini tidak dapat dicapai tanpa pengorbanan mereka sejak sebelum merdeka sehingga kini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan sempena Hari Pahlawan 2021 yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Sabtu berkata, jasa dan pengorbanan pahlawan negara akan terpahat dalam sejarah yang abadi.